Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal dikejutkan Sunderland
  • SUKAN

Arsenal dikejutkan Sunderland

Utusan Sarawak 15 hours ago

Bukayo Saka dan Leandro Trossard menjaringkan gol untuk Arsenal. Foto AFP

SUNDERLAND (United Kingdom): Rentak kemenangan 10 perlawanan Arsenal dalam semua kejohanan berakhir apabila gol penyamaan masa kecederaan Brian Brobbey memastikan Sunderland seri 2-2 awal pagi tadi.

The Gunners tidak bolos dalam lapan perlawanan sebelum ini tetapi hanya mampu melebarkan jurang di puncak Liga Perdana ke tujuh mata berbanding Manchester City, yang akan menerima kunjungan Liverpool awal pagi esok.

Dan Ballard menamatkan rekod tanpa bolos Arsenal sejak 28 September apabila meledak gol pembukaan untuk Black Cats.

Kemenangan sepatutnya melonjakkan Sunderland yang baru dinaikkan ke liga utama itu ke tangga kedua, namun rembatan padu Bukayo Saka dan Leandro Trossard membalikkan keadaan buat pasukan Mikel Arteta pada separuh masa kedua.

Namun, mereka gagal menutup tiga mata penting apabila Brobbey menewaskan Gabriel Magalhaes, yang biasanya kukuh, untuk menyudahkan sepakan Ballard dan menjaringkan gol penyamaan.

Brian Brobbey mencuri keputusan seri 2-2 untuk Sunderland menentang Arsenal. Foto AFP.

Keputusan Arsenal yang terlepas mata memberikan tonik kepada pencabar gelaran lain menjelang pertembungan besar di Etihad esok.

City dan Liverpool telah mendominasi bola sepak England sejak sedekad lalu dan kedua-duanya pasti teruja melihat retakan jarang pada keteguhan Arsenal.

Liverpool kini di tangga kelima, lapan mata dari puncak.

“Kami bolos dua gol serupa, dan itu tidak cukup baik,” kata Arteta.

“Tetapi pasukan menunjukkan daya tahan dan keberanian luar biasa untuk bangkit, menyamakan kedudukan, menjaringkan gol kedua yang kami kejar, dan walaupun selepas bolos gol itu, kami masih ada peluang besar untuk menang.

“Saya hanya boleh bangga dengan pasukan.”

Sunderland memasuki perlawanan tanpa kalah di Stadium of Light musim ini dalam kepulangan mereka ke liga utama, dan corak permainan fizikal mereka menyukarkan Arsenal.

Bekas kapten Arsenal, Granit Xhaka, ternyata menikmati cabaran untuk mengganggu rentak lawan serta bekas rakan sepasukannya. – AFP.

Continue Reading

Previous: De Ligt selamatkan United 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.