Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal benam Forest 3-0, Zubimendi ledak dua gol
  • SUKAN

Arsenal benam Forest 3-0, Zubimendi ledak dua gol

Utusan Sarawak 18 hours ago

Martin Zubimendi (kiri) meraikan jaringan. Foto AFP

LONDON: Dua jaringan Martin Zubimendi dan satu sentuhan mudah Viktor Gyokeres memastikan Arsenal meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Ia sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan pertama kepada Ange Postecoglou selaku pengendali baharu Forest.

Pemain Arsenal meraikan jaringan. Foto AFP

Pemain tengah Sepanyol, Zubimendi, membuka akaun jaringannya bersama Arsenal dengan voli cantik pada minit ke-32, menutup babak pertama yang dikuasai tuan rumah, meskipun kapten, Martin Odegaard terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada bahu kanannya.

Arsenal menggandakan jaringan sebaik babak kedua bermula apabila Eberechi Eze memanfaatkan kesilapan pertahanan, Nicolo Savona, untuk menghadiahkan peluang mudah kepada Gyokeres menyumbat gol ketiganya musim ini.

Pemain Arsenal meraikan jaringan. Foto AFP

Ketika permainan kelihatan hampir berakhir hambar, Zubimendi memastikan kemenangan mutlak dengan tandukan mudah hasil hantaran silang Leandro Trossard pada minit ke-79.

Kemenangan itu sekali gus mencetuskan sorakan penyokong Arsenal yang menyindir Postecoglou, bekas pengurus seteru utama mereka, Tottenham Hotspur.

Continue Reading

Previous: Aqil Faizal ungguli Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawak 2025
Next: Chelsea lepas peluang terajui EPL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.