Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal bawa masuk pemain kelima, Mosquera, untuk jadi pertahanan baharu
  • SUKAN

Arsenal bawa masuk pemain kelima, Mosquera, untuk jadi pertahanan baharu

Utusan Sarawak 1 day ago

Mosquera (tengah) ikat kontrak perjanjian lima tahun bersama Arsenal. -Foto Arsenal.com

LONDON: Arsenal mengumumkan ketibaan pertahanan Valencia, Cristhian Mosquera, sekali gus menjadikan jumlah perbelanjaan mereka dalam jendela perpindahan musim panas ini hampir mencecah £140 juta (RM797 juta).

Pemain bawah 21 tahun Sepanyol itu menyertai Gunners dengan yuran perpindahan permulaan sekitar £13 juta (RM74 juta), termasuk tambahan berkaitan prestasi, dan difahamkan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pilihan lanjutan setahun lagi.

Pemain berusia 21 tahun itu adalah pemain kelima yang dibawa masuk Arsenal dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dijangka menjadi pelapis kepada William Saliba serta Gabriel di jantung pertahanan, namun turut berupaya beraksi di mana-mana posisi benteng.

Mosquera yang membuat 41 penampilan bersama Valencia musim lalu, sudah menyertai skuad Arsenal bagi jelajah pramusim mereka ke Singapura dan Hong Kong.

“Ia sesuatu yang sangat bermakna buat saya. Di sebalik semua ini, ada banyak kerja keras yang saya lakukan.”

“Peluang ini datang dan saya tidak mampu melepaskannya. Saya menyertai sebuah kelab besar yang penuh sejarah. Apabila saya tiba di sini bersama keluarga, saya benar-benar merasai kehebatan tempat ini,” katanya kepada laman rasmi kelab.

Pengurus, Mikel Arteta menyifatkan Mosquera sebagai “pemain yang bijak, memiliki kepantasan yang baik dan boleh bermain secara fleksibel sama ada di tengah mahupun kedua-dua sisi pertahanan.”

Mosquera menyusuli kemasukan empat pemain lain sebelum ini pemain tengah Sepanyol, Martin Zubimendi, penjaga gol Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Noni Madueke ke Stadium Emirates.

Selain itu, Gabriel dan pemain muda Myles Lewis-Skelly juga sudah menandatangani kontrak baharu sepanjang musim ini, manakala lanjutan jangka panjang untuk remaja Ethan Nwaneri juga dipercayai hampir dimuktamadkan.

Arsenal masih berusaha mendapatkan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres, meskipun difahamkan rundingan bernilai sehingga £65 juta (RM370.1 juta) itu masih belum hampir dimeterai.

Gunners yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kedua selama tiga musim berturut-turut, akan memulakan musim 2025/26 dengan pertemuan menentang Manchester United pada 17 Ogos. – AFP

Continue Reading

Previous: Fasiliti dan pengurusan mantap, Sarawak yakin anjur Sukan Borneo dengan lancar
Next: Terbuka China 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.