Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ariane 6 lancar dua satelit navigasi Eropah
  • GLOBAL

Ariane 6 lancar dua satelit navigasi Eropah

Utusan Sarawak 3 hours ago
ROKET Ariane 6 Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang membawa dua satelit Galileo untuk Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) Kesatuan Eropah dilancarkan di Pusat Angkasa Guiana, Kourou, wilayah seberang laut Perancis, pada 17 Disember 2025. Foto AFP

KOUROU, Perancis: Roket Eropah Ariane 6 berjaya dilancarkan dari pangkalan angkasa Kourou, Guiana Perancis membawa dua satelit navigasi global Galileo, menurut laporan AFP.

Pelancaran berlaku pada 2.01 pagi waktu tempatan (0501 GMT) bagi penerbangan komersial keempat sistem pelancaran Ariane 6 sejak ia mula beroperasi tahun lalu.

Roket ini membawa dua lagi satelit program Galileo Kesatuan Eropah, sistem satelit navigasi global yang bertujuan mengurangkan kebergantungan blok itu kepada Sistem Penentududukan Global (GPS) Amerika Syarikat.

Kedua-dua satelit dijangka diletakkan di orbit hampir empat jam selepas pelancaran.

Ini akan menjadikan jumlah satelit Galileo dalam orbit sebanyak 34 dan “meningkatkan ketahanan sistem Galileo dengan menambah satelit gantian dalam konstelasi untuk memastikan navigasi 24/7 kepada berbilion pengguna.

“Satelit ini akan menyertai konstelasi di orbit Bumi sederhana pada ketinggian 23,222 km (14,429 batu) di atas permukaan Bumi,” menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Sebelum ini, kebanyakan satelit Galileo dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 dan Soyuz Rusia dari Kourou.

Selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Eropah menghentikan kerjasama angkasa dengan Moscow.

Sebelum Ariane 6 mula beroperasi pada Julai 2024, EU menandatangani kontrak dengan SpaceX milik Elon Musk untuk melancarkan dua satelit Galileo menggunakan roket Falcon 9 pada September 2024 dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Britain: Lelaki didakwa rempuh penyokong bola sepak dihukum penjara 21 tahun setengah
Next: Harbin dinobatkan sebagai bandar pelancongan ais dan salji dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.