Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
  • GLOBAL

Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit

Utusan Sarawak 2 years ago
Individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah akan dikenakan hukuman berat oleh kerajaan Arab Saudi. Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak 2013.

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.

Jabatan Keselamatan Awam Arab Saudi berkata, jemaah haji tanpa permit bakal berdepan dengan hukuman penjara, denda dan larangan memasuki negara berkenaan selama 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

“Mana-mana rakyat tempatan yang ditahan membawa jemaah haji tanpa permit pula bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000 (RM61.600) bagi setiap kesalahan”, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Menurut kenyataan itu, pesalah dalam kalangan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas selesai menjalani hukuman dan membayar denda, selain dihalang daripada memasuki Arab Saudi bagi tempoh yang ditetapkan”.

Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak 2013.

Hukuman bagi pesalah warga asing termasuklah dihantar pulang serta-merta dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Walaupun Arab Saudi membenarkan pemegang semua jenis visa menunaikan umrah sepanjang tahun, namun visa ini adalah terpakai di luar musim haji sahaja. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Jepun lulus strategi kebangsaan pertama keselamatan angkasa
Next: Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah dilantik semula sebagai Perdana Menteri Kuwait

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.