Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan, lindungi 1.8 juta jemaah
  • SEMASA

Arab Saudi tingkat kesiapsiagaan, lindungi 1.8 juta jemaah

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN Keselamatan Haji Arab Saudi berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk berhadapan dengan sebarang ancaman kepada jemaah dan perjalanan ibadah haji musim ini. Pasukan keselamatan haji itu akan mengambil tindakan tegas dan berkesan bagi memastikan persekitaran kekal selamat untuk jemaah melaksanakan ibadah Rukun Islam kelima. Foto Bernama

MAKKAH: Lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah itu.

Pengarah Keselamatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad Abdullah Al-Bassami berkata pasukan keselamatan bersedia untuk bertindak dengan tegas terhadap sebarang ancaman yang boleh membahayakan jemaah atau mengganggu perjalanan ibadah.

Beliau menyampaikan perkara itu semasa perbarisan anggota keselamatan semalam, hanya beberapa hari sebelum ibadah wukuf di Arafah.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz Saud Naif Abdulaziz turut hadir bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas lapangan serta memastikan keselamatan dan perlindungan jemaah.

Perbarisan itu menampilkan penyertaan anggota daripada pelbagai agensi, bersama kenderaan keselamatan, jentera dan peralatan berteknologi tinggi.

Antara sorotan utama ialah simulasi beberapa senario keselamatan yang mempamerkan tahap kesiapsiagaan tinggi pasukan untuk menangani dan meneutralkan ancaman berpotensi.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa ibadah haji tahun ini akan bermula Rabu ini dengan hari wukuf di Arafah pada Khamis, diikuti sambutan Aidiladha pada Jumaat.

Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik, seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia dijangka menunaikan haji tahun ini, termasuk 1,611,310 jemaah antarabangsa dan 221,854 jemaah tempatan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pasukan Keselamatan Saudi tahan 20 individu bawa jemaah haji tanpa kebenaran
Next: Wartawan berintegriti bukan sekadar penulis berita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.