Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • SEMASA

Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

JEDDAH: Arab Saudi menerima seramai 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara pada tahun 2025, dengan mencatatkan kadar kepuasan melebihi 90 peratus bagi perkhidmatan yang disediakan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Memetik Pusat Pengukuran Prestasi Entiti Awam Kebangsaan (Adaa), angka rekod itu mencerminkan pembangunan pesat perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji dan umrah selaras dengan sasaran Wawasan Saudi 2030.

Program Pengalaman Jemaah – satu daripada program bagi merealisasikan Wawasan Saudi 2030 – menyatakan bahawa penambahbaikan itu merangkumi kedua-dua musim haji dan umrah.

Program itu turut melaporkan kadar kepuasan sebanyak 91 peratus dalam kalangan jemaah haji dan 94 peratus dalam kalangan jemaah umrah, sekali gus menggambarkan kualiti perancangan dan operasi serta usaha penyelarasan lebih 60 entiti yang bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan bersepadu.

Selain itu, program terbabit menyatakan bahawa pencapaian berkenaan merupakan kesinambungan kepada penghormatan bersejarah Kerajaan Arab Saudi dalam memberi berkhidmat kepada Dua Masjid Suci dan para pengunjungnya, di bawah sokongan serta bimbingan langsung Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Kepimpinan negara itu meletakkan perkhidmatan jemaah haji dan umrah sebagai keutamaan tertinggi serta mendedikasikan segala sumber bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkukuh kesediaan sistem berkenaan dari tahun ke tahun.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak tiba di Jakarta, sampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026
Next: Stigma masyarakat punca remaja sorok kehamilan, risiko pembuangan bayi – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.