Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Arab Saudi tawar pelaburan RM46 bilion di Sarawak, sasar RM700 bilion 10 tahun melalui SET-P
  • BISNES

Arab Saudi tawar pelaburan RM46 bilion di Sarawak, sasar RM700 bilion 10 tahun melalui SET-P

Utusan Sarawak 4 days ago
SESI pertukaran Memorandum Persefahaman MoU dan perjanjian induk (HoA) disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat yang lain. Foto: Masrin Affirah

PETRA JAYA: Arab Saudi melalui ACWA Power telah mencadangkan pelaburan RM46 bilion di Sarawak dalam usaha menyokong pelaksanaan Dasar Peralihan Tenaga wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan tersebut dimaklumkan ketika pertemuannya dengan pihak ACWA Power pada tiga hari lepas.

“Tiga hari lalu, pada Jumaat lepas, saya telah bertemu dengan mereka, dan mereka bercadang membawa pelaburan bernilai kira-kira AS$10 bilion ke Sarawak. Seperti yang kita tahu, ACWA merupakan pemaju bandar pintar bertaraf dunia di Arab Saudi pada masa ini.

“Mereka bukan sahaja cekap dalam pengeluaran tenaga solar, malah turut menghasilkan hidrogen,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Libat Urus Industri Awam Meesty dan Majlis Pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Jelasnya, kerjasama Sarawak dengan Arab Saudi melalui ACWA, yang mempunyai syarikat berkaitan iaitu Aramco, serta dengan pelaburan dari Arab Saudi dan rakan-rakan dari seluruh dunia membolehkan wilayah ini merealisasikan Dasar Peralihan Tenaga tersebut.

Dalam pada itu, Sarawak dijangka menerima pelaburan bernilai sekitar RM700 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, susulan keperluan modal tinggi dalam projek-projek strategik sektor tenaga dan ekonomi baharu melalui Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P).

Premier Sarawak berkata, pelaburan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

“Kami akan menyediakan pendidikan khusus bagi membolehkan rakyat mendapat pekerjaan ini serta menjadi tenaga kerja dalam ekonomi baharu yang sedang dilaksanakan di Sarawak,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan negeri komited mempersiapkan generasi muda untuk memahami perubahan besar yang sedang berlaku serta mengisi jurang antara modal semula jadi dan penghasilan produk baharu hasil daripada perubahan alam sekitar dan ekonomi dunia.

Terdahulu dalam ucapannya, kerajaan Sarawak mempertimbangkan penubuhan kemudahan pembiayaan bercampur bagi menyokong pelaksanaan projek strategik di bawah SET-P.

Katanya, ia bertujuan meningkatkan daya tarik projek ini kepada sektor swasta dan bank pembangunan melalui instrumen mitigasi risiko dan penggunaan modal awam sebagai pemangkin.

“Namun, kejayaan visi ini memerlukan kerjasama mendalam maka kami menggesa rakan pembangunan, pelabur swasta, dan institusi kewangan untuk bersama membentuk peralihan tenaga Sarawak yang berdaya tahan, inklusif, dan menarik pelaburan,” katanya.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit mengukuh disokong jangkaan AS turunkan kadar faedah
Next: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.