Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi perkenal gelang kesihatan pintar untuk anggota keselamatan semasa haji
  • SEMASA

Arab Saudi perkenal gelang kesihatan pintar untuk anggota keselamatan semasa haji

Utusan Sarawak 3 weeks ago

ARAFAT (Arab Saudi):  Jabatan Am Perkhidmatan Perubatan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi buat kali pertama melancarkan Gelang Kesihatan Pintar bagi meningkatkan keselamatan dan sokongan perubatan kepada anggota keselamatan yang bertugas.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), peranti inovatif itu memanfaatkan teknologi Internet of Things (IoT) yang diperkasa Kecerdasan Buatan (AI), bagi menyediakan sokongan perubatan penting kepada anggota keselamatan di lapangan, sekali gus meningkatkan keselamatan mereka ketika berkhidmat untuk jemaah.

Gelang Kesihatan Pintar memantau tanda-tanda vital anggota keselamatan yang bertugas, menghantar respon segera ke pusat arahan dan kawalan di Hospital Angkatan Keselamatan Makkah bagi memastikan sokongan dan intervensi perubatan lanjut dapat dilaksanakan segera.

Bagi menyokong pelaksanaan ini, pusat arahan dan kawalan dilengkapi dengan skrin elektronik yang dihubungkan secara terus kepada Gelang Kesihatan Pintar.

Petugas perubatan khas sentiasa memantau isyarat dan respon yang diterima, dikategorikan mengikut tahap kecemasan perubatan.

Selain itu, gelang itu  juga menjejak peta haba keadaan kesihatan anggota keselamatan di lapangan, memerhatikan secara berterusan tanda-tanda vital untuk menentukan keperluan intervensi pasukan perubatan.

Gelang itu turut dilengkapi fungsi isyarat kecemasan yang dihantar ke pusat arahan dan kawalan, membolehkan petugas perubatan berhubung terus dengan individu yang memerlukan bantuan.

Satu pasukan lapangan akan digerakkan 24 jam untuk memberi sokongan dan bantuan perubatan yang diperlukan. 

Teknologi berkenaan mematuhi dasar dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Negara (NCA) dan Pihak Berkuasa Data dan AI Saudi (SDAIA).– Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Inisiatif Makkah Route tamatkan operasi, permudah perjalanan haji lebih 314,000 jemaah
Next: 14 prosedur kardiak kecemasan dilaksanakan di unit hospital haji Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.