Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula
  • SEMASA

Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula

Utusan Sarawak 11 hours ago

JEDDAH:  Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform ‘Nusuk’.

Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.

Menurut kementerian, pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi ‘Nusuk’, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.

Platform itu membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit dengan mudah, selain menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi menyokong dan meningkatkan pengalaman ibadah umrah.

Peningkatan awal dalam permohonan visa umrah ini berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.– Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Pasukan Kulinari Kuching harumkan nama Malaysia di Ipoh
Next: Fasa 3 e-Invois bermula hari ini, libat pembayar cukai RM5 hingga RM25 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.