Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Arab Saudi kagum, sedia contohi silibus pengakap Malaysia
  • NASIONAL

Arab Saudi kagum, sedia contohi silibus pengakap Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago
ARAB Saudi kagum, sedia contohi silibus pengakap Malaysia. Foto hiasan. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Kagum dengan pencapaian Persekutuan Pengakap Malaysia  (PPM), Persatuan Pengakap Arab Saudi (SASA) berhasrat mencontohi silibus yang diguna pakai badan beruniform tempatan itu.

Pemangku Setiausaha Agung SASA Dr Mohammed Al-Sayed berkata, PPM menjadi contoh dalam memanfaatkan tajaan Riyadh secara berhemat menerusi inisiatif Utusan Damai (MoP) yang bertujuan menyebarkan mesej keamanan dan kedamaian di seluruh dunia melalui dialog, kempen kesedaran serta program kemanusiaan anjuran badan pengakap sedunia.

“Keberkesanan Malaysia memanfaatkan dana yang disalurkan sedekad yang lalu sangat memberi inspirasi kepada kami.

“Kami berhasrat untuk mengulangi kejayaan yang sama di Arab Saudi,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Makan Malam MoP pada Jumaat.

Arab Saudi telah memperuntukkan AS$27 juta dalam fasa pertama pelaksanaan MoP di seluruh dunia bagi tempoh 10 tahun (2010-2020).

Sementara itu, Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin menyambut baik hasrat SASA untuk mencontohi silibus dan program yang dijalankan di rantau ini, terutamanya dari Malaysia.

“Arab Saudi baru-baru ini meluluskan peruntukan dana sebanyak AS$50 juta bagi tempoh sedekad akan datang berikutan kejayaan inisiatif berkenaan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengakap Asia Pasifik.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua badan pengakap itu, mengambil kira peranan SASA membantu jemaah haji dari seluruh dunia semasa musim haji baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis, wakil daripada Yayasan Pengakap Dunia dan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia. – Bernama

Continue Reading

Previous: BAGUS dilaksana segera bagi perluas akses bantuan Guaman Syarie – PGSM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.