Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
  • GLOBAL

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa individu yang berhasrat menunaikan haji pada tahun ini (1446 Hijrah) perlu memperoleh permit haji melalui platform Nusuk, yang disepadukan dengan ‘Platform Permit’ bersepadu untuk pengeluaran permit rasmi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kementerian itu turut menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit, dan pematuhan sepenuhnya terhadap semua peraturan serta arahan adalah penting bagi menjamin keselamatan jemaah serta kelancaran ibadah haji.

Dalam kenyataan sama, kementerian turut memberi amaran terhadap kegiatan penipuan serta promosi kempen palsu berkaitan haji yang disebarkan melalui iklan mengelirukan di media sosial.

Iklan sedemikian didapati menawarkan penginapan dan pengangkutan palsu untuk jemaah di tempat-tempat suci.

Sehubungan itu, orang ramai digesa melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 bagi kawasan lain di seluruh negara.

Iklan mengelirukan juga perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan di semua negara.

Kementerian turut mengumumkan bahawa tarikh akhir keluar bagi pemegang visa umrah ialah pada Selasa, 1 Zulqaedah 1446 Hijrah bersamaan 29 April 2025, sebagai persediaan menghadapi musim haji.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi kuat kuasa permit masuk Makkah bermula 23 April untuk musim haji
Next: Robot, manusia berlumba 21km di Beijing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.