Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aqib X Kampung Boy FC tempah slot separuh akhir, ikat LA United 1-1
  • SUKAN

Aqib X Kampung Boy FC tempah slot separuh akhir, ikat LA United 1-1

Utusan Sarawak 20 hours ago
 SKUAD Aqib X Kampung Boy FC menerajui Kumpulan B dengan dua kemenangan, sekali seri dan memungut tujuh mata. Foto: A.D Photography.

SIMANGGANG: Skuad Aqib X Kampung Boy FC berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Liga Sri Aman 2025 selepas berjaya mengikat LA United 1-1 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B di Kompleks Sukan Sri Aman, petang tadi.

Pengurus pasukan, Alfian Abu Bakar berkata pasukan kendalian Jaffary Hamdan petang tadi gagal bertahan dengan baik walaupun mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan itu dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri itu.

“Pada aksi terakhir petang tadi, kita fokus untuk mendapatkan tiga mata. Bila kami dapat gol awal, kami sudah mula berhati-hati dan hanya menyerang apabila ada peluang.

“Dengan cara ini, biasanya kami akan mendapat satu lagi gol atau akan menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-0, tetapi keputusannya akhirnya seri,” ujarnya kepada Utusan Sarawak, sebentar tadi.

Namun di sebalik itu, Alfian turut gembira pasukan kendalian Jaffary Hamdan itu berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Liga Sri Aman 2025 selepas menerajui Kumpulan B dengan dua kemenangan, sekali seri dan memungut tujuh mata.

“Di sebalik mendapat keputusan seri petang ini, kekecewaan pasukan kami terubat apabila berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir.

“Justeru, saya mengingatkan para pemain dan jurulatih agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan mereka itu, sebaliknya memberi sepenuhnya fokus kepada perlawanan separuh akhir yang dilangsungkan 23 Ogos nanti,” kata Alfian.

Dalam pada itu, aksi separuh akhir pertama pada 23 Ogos ini akan menemukan skuad Aqib X Kampung Boy FC menentang SAPD FC yang dijadual berlangsung pada 3.30 petang manakala pada 8.40 pagi, satu lagi aksi separuh akhir menemukan Merpati FC menentang Fuhai FT di Kompleks Sukan Sri Aman.

Perlawanan akhir Liga Sri Aman 2025 dijangka berlangsung pada 24 Ogos, 3.30 petang dan bakal dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Datuk Francis Harden Hollis.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Redknapp pilih Liverpool, Arsenal calon utama juara EPL
Next: Arsenal langkah kanan, United tersungkur di Old Trafford

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.