Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • AQIB X Kampung Boy FC sedia hadapi aksi pembuka Liga Sri Aman 2025
  • SUKAN

AQIB X Kampung Boy FC sedia hadapi aksi pembuka Liga Sri Aman 2025

Utusan Sarawak 3 hours ago
ALFIAN (kanan sekali) selepas menyempurnakan majlis penyerahan jersi kepada pemain skuad AQIB X Kampung Boy FC, di Padang KPSU Lama petang tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Skuad AQIB X Kampung Boy FC kini bersedia untuk memberikan aksi terbaik mereka pada perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman, merebut Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025.

Dibimbing jurulatih Jaffary Hamdan, pasukan itu dijadualkan berdepan cabaran awal menentang Fuhai FT pada 8.00 pagi esok di Kompleks Sukan Sri Aman.

Pengurus pasukan, Alfian Abu Bakar menyatakan keyakinannya terhadap kesiapsiagaan pasukan serta semangat juang pemain yang bersedia sepenuhnya memulakan kempen kejohanan kali ini.

“Sasaran kita adalah untuk memburu tiga mata penuh dan saya lihat skuad kita telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan perjuangan mereka,” kata Alfian ketika majlis penyerahan jersi rasmi kepada para pemain di Padang KPSU Lama, petang tadi.

Beliau turut menekankan pentingnya disiplin dan komitmen tinggi dalam kalangan pemain, terutama barisan kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam perlawanan sulung menentang Fuhai FT.

“Kita akan berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada AQIB X Kampung Boy FC,” tambahnya.

Dalam saingan Liga Sri Aman edisi 2025 ini, AQIB X Kampung Boy FC diundi dalam Kumpulan B bersama tiga lagi pasukan iaitu LA United, BBE X Insuramu FC, dan Fuhai FT yang sekali gus menjanjikan perlawanan yang sengit di peringkat kumpulan.

Turut hadir, Pengurus Aqib Enterprise, Salbiah Sabeli.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kejohanan MSSS 15TKB 2025 meriah, Sarikei dinobat juara selepas aksi sengit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.