Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • AQIB X Kampung Boy FC buka langkah kanan, tewaskan Fuhai FT 2-1
  • SUKAN

AQIB X Kampung Boy FC buka langkah kanan, tewaskan Fuhai FT 2-1

Utusan Sarawak 1 day ago
SKUAD AQIB X Kampung Boy FC mencipta kemenangan pertama Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman 2025 selepas menewaskan Fuhai FT 2-1, pagi tadi. Foto AQIB X Kampung Boy FC

SIMANGGANG: Skuad AQIB X Kampung Boy FC membuka kempen Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025 dengan langkah kanan apabila menundukkan Fuhai FT 2-1 dalam perlawanan sulung Kumpulan B yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman pagi tadi.

Aksi bertenaga sejak minit pertama oleh pasukan kendalian Jaffary Hamdan nyata membuahkan hasil apabila dua jaringan penting menerusi Fis-Hak Illa-hi dan Ikmal Hakim memastikan tiga mata berharga dibawa pulang.

Turun dengan barisan kesebelasan terbaik, AQIB X Kampung Boy FC tampil dominan dengan corak permainan menyerang dan tekanan tinggi yang membuatkan benteng Fuhai FT berkerja keras sepanjang perlawanan.

Pengurus pasukan, Alfian Abu Bakar melahirkan rasa bangga atas semangat juang yang dipamerkan anak buahnya.

“Syabas kepada semua pemain. Mereka bukan sahaja beraksi cemerlang untuk meraih kemenangan, malah berjaya mematahkan strategi pasukan lawan yang cukup tersusun,” katanya.

Tambah Alfian, kejayaan hari ini diharap menjadi pembakar semangat untuk perlawanan-perlawanan mendatang.

“Kemenangan ini bukan sekadar tiga mata, tetapi juga suntikan moral untuk pemain terus konsisten dalam aksi seterusnya,” jelas beliau.

Pasukan AQIB X Kampung Boy FC dijadualkan beraksi dalam dua lagi perlawanan minggu depan, masing-masing menentang BBE X Insuramu pada 16 Ogos, 8.00 pagi, dan LA United pada 17 Ogos, 3.30 petang, kedua-duanya di Kompleks Sukan Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lea Sports Centre kekal penaja rasmi Kuching City FC hingga 2030
Next: Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi tarik ribuan pengunjung ke Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.