Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  •  Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 angkat nilai seni, budaya Orang Ulu
  • TEMPATAN

 Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 angkat nilai seni, budaya Orang Ulu

Utusan Sarawak 8 hours ago
Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 di Long Atip, kawasan DUN Telang Usan. Foto UKAS

TELANG USAN: Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 yang berlangsung selama dua hari di Long Atip, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan telah melabuhkan tirainya dengan jayanya petang semalam.

Pesta yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Long Atip (PPLA) berjaya menarik kehadiran lebih 400 orang pengunjung.

Acara penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau yang turut diiringi beberapa tetamu kehormat termasuk Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda; Pemanca Nawan Luhat serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari daerah Telang Usan.

Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan seni dan budaya tradisional Orang Ulu, serta gerai jualan makanan moden dan tradisional.

APOH Rafting dan Cultural Festival 2025 yang berlangsung selama dua hari di Long Atip, kawasan DUN Telang Usan. Foto UKAS

Kemeriahan pesta ini turut dimeriahkan dengan pertandingan rakit yang melibatkan penyertaan sebanyak 18 buah rakit dan lebih 100 orang peserta dari pelbagai lokaliti sekitar Daerah Apoh.

Beliau juga menyatakan rasa bangga dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan festival ini.

Beliau menekankan bahawa penganjuran acara seperti ini bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memelihara warisan seni dan sukan tradisional masyarakat tempatan, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi komuniti melalui pelancongan.

Sambutan yang menggalakkan serta semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk setempat, Apoh Rafting dan Cultural Festival dijangka akan terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Telang Usan.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Joana Jane Francis dinobat juara Miss Tasik Biru 2025
Next: Tun Wan Junaidi, isteri hadiri Majlis Jamuan Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.