Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • APMM tahan 14 individu tangkap ikan
  • NASIONAL

APMM tahan 14 individu tangkap ikan

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA APMM memeriksa suhu semua suspek yang ditahan selepas menceroboh kawasan pelantar minyak di Labuan, Jumaat lepas. • Foto BERNAMA

LABUAN:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan menahan 14 individu, sembilan daripadanya adalah rakyat Filipina kerana menangkap ikan    di kawasan pelantar minyak Kikeh, kira-kira 60 batu nautika dari barat laut Labuan, Jumaat lepas.

Dalam kejadian jam 8.21 malam itu, kesemua suspek berumur 14 hingga 71 tahun yang menaiki dua kapal nelayan dan tujuh bot kecil itu sedang memancing ikan apabila    ditahan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan dalam Op Pelantar.

Pengarah APMM Zon Labuan Komander Nor Bakari Abu Bakar berkata, ketika kejadian anggota APMM sedang melakukan rondaan terhadap pencerobohan di kawasan pelantar minyak dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dua    daripada suspek adalah rakyat tempatan, tiga penduduk tetap Malaysia, lima memiliki kad IMM3, manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, bot nelayan dan suspek dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Kesemua suspek juga telah menjalani ujian Covid-19 oleh petugas Jabatan Kesihatan.

Dalam pada itu, Nor Bakari memberi amaran kepada operator bot tempatan mengenai tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya mereka didapati mengupah pendatang asing tanpa izin. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: PKPB bawa rahmat kepada peniaga kecil
Next: Lima terlibat pemalsuan dokumen ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.