Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APMM laksana hampir 12,000 pemeriksaan di perairan Sarawak sepanjang 2025
  • TEMPATAN

APMM laksana hampir 12,000 pemeriksaan di perairan Sarawak sepanjang 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
APMM Sarawak rekod hampir 12,000 pemeriksaan, 122 mangsa SAR diselamatkan pada 2025. Foto fail APMM

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan sejumlah 11,938 pemeriksaan di Sarawak sepanjang tahun 2025 dalam usaha memastikan keselamatan di kawasan perairan, pematuhan undang-undang dan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abdul Aziz berkata dalam tempoh itu juga, APMM telah merekodkan sejumlah 4,276 penggeledahan dan 81 tangkapan melibatkan 353 individu dalam pelbagai kesalahan di negeri berkenaan.

Beliau berkata peningkatan keberkesanan penguatkuasaan itu dipacu melalui pelaksanaan beberapa operasi utama seperti Ops Naga Sarawak, Ops Tiris dan Ops Tongkang Balak yang memfokus kepada mengekang aktiviti haram di perairan negeri.

Mohd Khairi berkata selain penguatkuasaan, APMM Sarawak turut mencatat prestasi yang memberangsangkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Antara kejayaan utama ialah SAR melibatkan dua warga Amerika Syarikat selepas kapal layar mereka mengalami kerosakan enjin di perairan Miri sebelum diselamatkan Kapal Maritim SIAGUT pada Mac tahun lepas.

“Kami juga berjaya menyelamatkan tujuh pemancing dalam kejadian bot karam di perairan Kuching pada Jun tahun lepas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata sepanjang tahun 2025, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching merekodkan 21 insiden kecemasan maritim membabitkan 143 mangsa dengan 122 orang berjaya diselamatkan, 10 disahkan meninggal dunia manakala 11 lagi dilaporkan hilang.

“APMM Sarawak akan terus memperkasakan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif pada tahun 2026 bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penangguhan e-Invois timbulkan ketidaktentuan PKS
Next: APACE 2026 perkasa pembangunan bakat dalam sektor penerbangan, aeroangkasa Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.