Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • APMM Kelantan lupus 251 bot nelayan Vietnam
  • NASIONAL

APMM Kelantan lupus 251 bot nelayan Vietnam

Utusan Sarawak 3 years ago

TIMBALAN Pengarah Operasi Maritim Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin menunjukkan dua bot nelayan asing Vietnam yang dilupuskan secara musnah pecah di Pusat Tahanan Vesel Maritim Kelantan, semalam. • Foto BERNAMA

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan 251 bot nelayan Vietnam bernilai RM375 juta yang menceroboh perairan negara menerusi pelbagai kaedah sejak 2007 hingga kini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18 bot bernilai RM26 juta dilupuskan secara musnah pecah.

“Pada tahun ini sebanyak lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta,” katanya pada sidang media di Pusat Tahanan Vesel Maritim Kelantan, di sini semalam.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan pelupusan dua bot nelayan Vietnam secara musnah pecah kerana telah reput dan tidak sesuai dijadikan tukun tiruan, di lokasi terbabit.

Khairun Dalilah berkata kedua-dua bot nelayan itu ditahan menerusi Op Damai dan Op Kuda Laut pada Februari dan April tahun lepas.

“Bot itu dimusnahkan selepas dilucut hak oleh mahkamah pada 30 Nov tahun lepas,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Janusha
Next: Wanita kerugian RM220,500 terpedaya ‘Love Scam’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.