Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM tangani insiden bumbung tercabut di Rumah Panjang Juan Panchur
  • Selatan
  • WILAYAH

APM tangani insiden bumbung tercabut di Rumah Panjang Juan Panchur

Utusan Sarawak 4 hours ago
Sebanyak tiga Rumah Juan Panchur, Ulu Skrang, Engkilili mengalami kerosakan bumbung akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan semalaman. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah melaksanakan operasi bantuan kecemasan di Rumah Panjang Juan Panchur, Ulu Skrang, Engkilili hari ini susulan kejadian bumbung tercabut.

Menurut kenyataan rasmi APM Daerah Lubok Antu, kejadian itu berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan semalaman.

Operasi bantuan berdepan cabaran apabila anggota terpaksa menempuh laluan curam dan berbatu bagi sampai ke lokasi, selain menggunakan bot penduduk kampung kerana tiada akses jalan darat.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tiga rumah mengalami kerosakan bumbung, namun keadaan struktur keseluruhan adalah selamat dan terkawal,” kata kenyataan itu.

Sebanyak tiga Rumah Juan Panchur, Ulu Skrang, Engkilili mengalami kerosakan bumbung akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan semalaman. Foto: APM Lubok Antu

APM menegaskan pihaknya akan terus komited dalam memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk yang memerlukan, khususnya di kawasan pedalaman seperti Ulu Skrang.

Orang awam turut dinasihatkan agar segera menghubungi APM sekiranya berlaku sebarang kecemasan untuk tindakan pantas dan berkesan.

Bagi penduduk Lubok Antu dan kawasan sekitarnya, APM boleh dihubungi di talian 083-584639 atau melalui talian kecemasan 999 bagi bantuan segera.

Pihak APM juga menyeru komuniti kampung agar sentiasa bersedia menghadapi cuaca ekstrem dan mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang lebih serius.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Spaoh berjaya tangkap ular tedung 12 kaki di Kampung Bungin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.