Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh tangkap ular sawa batik 3.6 meter ceroboh reban ayam
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh tangkap ular sawa batik 3.6 meter ceroboh reban ayam

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEHADIRAN seekor ular sawa batik sepanjang 3.6 meter yang menceroboh sebuah reban ayam di Kampung Hulu Spaoh berjaya ditumpaskan oleh anggota APM. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 3.6 meter berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh selepas reptilia itu ditemui menceroboh sebuah reban ayam di Kampung Hulu Spaoh, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk, Mahadir, pada 3.28 petang yang memaklumkan kehadiran ular tersebut di kawasan reban ayam miliknya.

Menurut beliau, sepasukan empat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)  daripada Skuad Bravo APM Spaoh segera digerakkan ke lokasi sejurus menerima aduan dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seekor ular sawa batik berada di dalam reban ayam dan berpotensi mengancam ternakan serta keselamatan penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi menangkap reptilia itu dilakukan menggunakan peralatan khas termasuk penyepit ular, penjerut ular dan cangkuk sebelum haiwan berkenaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Ular sawa batik sepanjang 3.6 meter itu berjaya ditangkap dengan teknik menjerut oleh anggota bertugas sebelum dimasukkan ke dalam kotak khas untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Operasi berkenaan melibatkan Sarjan Hasla Deli, Prebet Johnycal David Achang @ Dabit, Prebet Norizan Mohd Zini dan Prebet Muhammad Syaffiqen Musa.

Kapten Mohammad Noor berkata, operasi di lokasi selesai pada 3.39 petang sebelum pasukan kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada 3.50 petang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak cuba menangkap sendiri haiwan liar berbahaya dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi sedemikian bagi mengelakkan risiko kecederaan.

Katanya, tindakan pantas orang awam melaporkan kejadian membolehkan operasi dijalankan dengan selamat dan berkesan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Agama MIS Sri Aman dinobat Sekolah Agama Rendah terbaik Sarawak
Next: Kestabilan politik kunci kemajuan dan kesejahteraan rakyat – Doris Sophia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.