Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh perkasa kemahiran anggota melalui latihan pengendalian ular dan enjin bot
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh perkasa kemahiran anggota melalui latihan pengendalian ular dan enjin bot

Utusan Sarawak 14 hours ago
APM Daerah Spaoh melaksanakan Latihan Pasukan Bulanan bagi April 2026 yang memfokuskan silibus pengendalian haiwan berbisa. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh melaksanakan Latihan Pasukan Bulanan bagi April 2026 yang memberi tumpuan kepada silibus Pengendalian Haiwan Berbisa serta Pengendalian Enjin Bot, di Spaoh, semalam.

Menurut kenyataan media APM Daerah Spaoh, latihan berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi situasi kecemasan yang melibatkan ancaman haiwan berbisa dan operasi menyelamat di kawasan air.

Katanya, pengendalian haiwan berbisa terutama ular memerlukan teknik khas bagi mengenal pasti spesies, menangkap serta mengurus ancaman tersebut secara selamat untuk mengelakkan kecederaan atau patukan.

Latihan itu turut merangkumi pengenalan spesies ular, aspek Snake Confidence atau keyakinan ketika mengendalikan ular serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan semasa operasi dijalankan.

Selain itu, peserta diberi demonstrasi fizikal berhubung kaedah pengendalian reptilia berbahaya dengan menggunakan peralatan sesuai, sekali gus membantu membina keyakinan diri anggota ketika berdepan situasi sebenar.

LATIHAN Pengendalian Enjin Bot turut dilaksanakan oleh APM Daerah Spaoh kepada anggotanya.

Anggota juga diajar langkah yang betul untuk mengawal keadaan kecemasan serta memastikan reptilia berbahaya dapat dikendalikan tanpa mengancam keselamatan orang ramai.

Bagi silibus Pengendalian Enjin Bot pula, latihan menumpukan kepada penggunaan enjin sangkut atau outboard termasuk pemeriksaan pra-pengoperasian seperti minyak, bahan api dan sistem penyejukan.

Peserta turut didedahkan dengan prosedur menghidupkan enjin yang betul, kawalan gear dan pendikit secara lancar serta kaedah penyelenggaraan rutin termasuk membilas enjin selepas digunakan.

Menurut kenyataan itu lagi, aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan terutama penggunaan jaket keselamatan serta kefahaman mengenai tindakan kecemasan ketika berada di sungai atau laut.

Latihan berkenaan disertai seramai 34 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan dikawal selia oleh tiga pegawai, dengan keseluruhan program berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Spaoh di talian 083-473006 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 dos vaksin anti-rabies diberikan melalui program H2H di Tubau, Sebauh
Next: APM Debak tingkat kesiapsiagaan anggota melalui latihan jalan lasak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.