Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh bersihkan jalan terhalang pokok tumbang di Jalan Pakoh
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh bersihkan jalan terhalang pokok tumbang di Jalan Pakoh

Utusan Sarawak 2 days ago
 APM Spaoh bertindak pantas menangani kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Pakoh dekat Betong, pagi tadi. Foto: APM Spaoh

BETONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh bertindak pantas menangani kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Pakoh di sini, pagi tadi.

Menurut laporan APM Spaoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.18 pagi daripada orang awam yang memaklumkan terdapat pokok tumbang menghalang jalan raya di kawasan berkenaan.

Susulan panggilan itu, pasukan APM Spaoh segera digerakkan ke lokasi pada 11.20 pagi dan tiba pada 11.50 pagi.

Pasukan Skuad Alpha yang diketuai oleh Prebet Augustine Dris Jabat bersama tiga anggota lain bertindak segera memotong dan membersihkan pokok menggunakan kelengkapan keselamatan serta peralatan khas termasuk gergaji berantai (chainsaw).

FOTO: APM Spaoh

Kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya pada 1.04 tengah hari dan laluan berjaya dibuka semula untuk kegunaan semua kenderaan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden ini.

Operasi ini membabitkan empat anggota APM Spaoh dengan sokongan logistik termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda, peralatan keselamatan, serta alatan pembersihan.

APM Spaoh menegaskan bahawa kesiapsiagaan dan kerjasama erat bersama agensi lain serta orang awam amat penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas di daerah ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: JBALB Sarawak santuni masyarakat Asajaya melalui Hari Bersama Pelanggan
Next: Program KMJG 2025 kukuhkan perpaduan dan patriotisme di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.