Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh berjaya tangkap ular tedung 12 kaki di Kampung Bungin
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Spaoh berjaya tangkap ular tedung 12 kaki di Kampung Bungin

Utusan Sarawak 2 hours ago
Anggota APM Spaoh berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 12 kaki dalam kejadian di Kampung Bungin, semalam. Foto: APM Spaoh

​SPAOH: Kecekapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada ancaman reptilia berbisa selepas seekor ular tedung selar ditemui di Kampung Bungin, semalam. 

Kehadiran ular sepanjang 12 kaki itu disedari oleh seorang penduduk ketika reptilia tersebut berada di kawasan rumahnya. ​Kejadian bermula apabila pengadu, Abang Morni, dikejutkan dengan penemuan ular bersaiz besar itu yang sedang berada di tepi longkang kediamannya. 

Menyedari risiko bahaya yang amat tinggi, beliau bertindak pantas dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh bagi memohon bantuan segera untuk menangkap haiwan tersebut.

Anggota APM Spaoh berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 12 kaki dalam kejadian di Kampung Bungin, semalam. Foto: APM Spaoh

​Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh APM Spaoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian. 

Langkah berjaga-jaga diambil memandangkan spesies tedung selar dikenali sebagai antara ular paling berbisa yang boleh mengancam nyawa.

​Ketua Skuad Bravo, Sarjan Hasla Deli menyatakan bahawa seramai empat orang anggota telah dikejarkan ke lokasi bersama peralatan khas menangkap ular.

Setibanya di sana, pasukan penyelamat terus melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sekitar halaman rumah pengadu untuk mengesan kedudukan tepat reptilia berkenaan.

​Selepas beberapa minit melakukan pencarian di kawasan kali terakhir ular itu dilihat, anggota APM akhirnya berjaya menemui ular tedung selar sepanjang 12 kaki tersebut yang bersembunyi di halaman rumah. 

Anggota APM Spaoh berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang 12 kaki dalam kejadian di Kampung Bungin, semalam. Foto: APM Spaoh

Situasi terkawal meskipun saiz ular yang agak besar mencabar kecekapan pasukan penyelamat. ​Berbekalkan kemahiran dan pengalaman, anggota APM menggunakan teknik menjerut dan menyepit bagi menundukkan ular berkenaan. 

Reptilia tersebut kemudiannya berjaya diamankan dan dimasukkan ke dalam kotak haiwan berbisa untuk tindakan susulan sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan manusia.

​Operasi tersebut dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan membabitkan orang awam mahupun anggota bertugas. 

​Dalam pada itu, APM Spaoh menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berhadapan dengan haiwan berbisa. Sebarang kecemasan boleh dilaporkan terus dengan menghubungi talian PKOD Spaoh di 083-473006 atau talian kecemasan nasional 999.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Asajaya musnahkan sarang tebuan di Kampung Sri Tajo
Next: APM tangani insiden bumbung tercabut di Rumah Panjang Juan Panchur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.