Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Skuad Bravo musnahkan sarang tebuan di SK Pengrah Entri
  • Utara
  • WILAYAH

APM Skuad Bravo musnahkan sarang tebuan di SK Pengrah Entri

Utusan Sarawak 2 hours ago
ANGKATAN Pertahanan Malaysia, Daerah Beluru berjaya memusnahkan sarang serangga jenis tebuan tanah yang bersarang di celah dinding SK Pengarah Entri.

BELURU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Skuad Bravo berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah yang ditemui bersarang di celah dinding Sekolah Kebangsaan (SK) Pengrah Entri, Beluru.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihak mereka menerima panggilan dari orang awam mengenai penemuan sarang serangga pada 8.20 malam tadi.

Sebaik menerima panggilan tersebut Angkatan Pertahanan Awam Beluru diketuai PBT (PA) Sylvia Empiang Tunkai bersama dua anggota lain bergegas ke lokasi pada 8.22 malam yang jaraknya 0.5 meter dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluru.

Setianya ke lokasi pihak APM berjumpa dengan pengadu untuk mendapatkan maklumat kedudukan serangga tersebut.

Sarang serangga berkenaan yang berukuran lebih kurang satu tapak tanagan dewasa berjaya dimusnahkan dengan menggunakan semburan baygon.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PMR 2025: Lima rumah panjang di Meradong terima bantuan bahan binaan
Next: 84 JKKK Parlimen Sibu terima peruntukan sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.