Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Serian tingkat kesedaran komuniti terhadap risiko bencana susulan tanah runtuh
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Serian tingkat kesedaran komuniti terhadap risiko bencana susulan tanah runtuh

Utusan Sarawak 6 hours ago
CERAMAH Pertahanan Awam dan Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir telah berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Hilir Serian, kelmarin. Foto: APM Serian

SERIAN: Susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Gahat Mawang, Tebedu akibat hujan lebat berterusan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Serian dijemput untuk menyampaikan ceramah pertahanan awam serta taklimat persediaan menghadapi banjir, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti setempat.

Menurut kenyataan rasmi APM Sarawak hari ini, program tersebut telah berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Hilir Serian pada 10.00 pagi kelmarin, melibatkan 25 peserta daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Serian.

Ceramah dan taklimat dikendalikan oleh dua pegawai APM Serian, dengan penekanan terhadap persediaan awal, langkah keselamatan, serta tindakan menghadapi bencana banjir dan kejadian cuaca ekstrem.

Terdahulu, pada 15 Disember, APM Serian melaksanakan pemantauan kawasan tanah runtuh di Kampung Gahat Mawang susulan hujan lebat yang berlaku pada 14 Disember dari 4.00 petang hingga 6.30 petang.

PESERTA program persediaan menghadapi bencana banjir menerima panduan daripada pegawai APM Serian di Dewan Komuniti Kampung Hilir. Foto APM Serian

Operasi yang dijalankan dari 4.15 petang hingga 7.00 malam melibatkan lima anggota APM dengan sokongan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Hasil pemantauan mendapati satu rumah milik seorang Ketua Isi Rumah (KIR) mengalami kerosakan serius, termasuk sebahagian struktur rumah roboh dan dinding retak. Keadaan kediaman tidak selamat untuk didiami, dan mangsa telah diarahkan berpindah sementara ke rumah saudara terdekat.

APM mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, situasi di lokasi berada dalam keadaan terkawal, dan tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan setakat ini.

Pemantauan berkala akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin.

Ceramah dan taklimat ini menonjolkan pendekatan menyeluruh APM Serian yang bukan sahaja bertindak balas terhadap bencana, tetapi juga menekankan aspek pencegahan, pendidikan dan kesiapsiagaan komuniti, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong prihatin sumbang kerusi roda, ringankan beban penduduk 
Next: Penduduk terjejas diminta salur maklumat kepada JPBD Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.