APM Sematan musnahkan sarang tebuan naning berhampiran rumah penginapan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEMATAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sematan bertindak memusnahkan sarang tebuan naning yang ditemui di dahan sebatang pokok berhampiran sebuah rumah penginapan selepas menerima aduan daripada orang awam, hari ini.

Jurucakap APM Sematan berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sarang tebuan naning di dahan pokok yang berpotensi mengancam keselamatan penghuni rumah penginapan serta penduduk tempatan.

ANGGOTA APM Sematan menjalankan operasi memusnahkan sarang tebuan naning yang ditemui di dahan pokok berhampiran sebuah rumah penginapan, hari ini. Foto APM Lundu Sematan.

“Pasukan APM menjalankan operasi memusnahkan sarang tebuan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi berjaya diselesaikan dengan selamat dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak cuba memusnahkan sarang serangga berbisa sendiri.

Sebaliknya, mereka diminta segera menghubungi agensi penyelamat sekiranya menemui sarang tebuan atau serangga berbahaya berhampiran kawasan kediaman.