Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Selangau pantau beberapa kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Selangau pantau beberapa kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau meneruskan pemantauan di beberapa kawasan berisiko dinaiki air di persisiran Sungai Batang Mukah berikutan hujan lebat yang melanda daerah ini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum, pemantauan dilakukan di lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti Tebingan Sungai Mukah yang kini mencatatkan trend paras air menaik.

“Kami turut menjalankan pemantauan di Rumah Magdeline Entayang, Kampung Melinau Baru, yang mana paras air dilaporkan antara 0.19 hingga 2.20 meter, berada di atas jalan yang rendah.

“Sementara itu, di Rumah Silvester, Kampung Kara, paras air mencatatkan bacaan antara 0.55 hingga 1.1 meter, berada di atas jambatan yang rendah.

“Di Rumah Chandu, Kampung Keranji Madu, paras air pula dilaporkan antara 0.20 hingga 1.28 meter, juga berada di atas jalan yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemantauan turut dijalankan di beberapa kawasan lain, antaranya jalan menuju ke Rumah Nyarapong, Nanga Kalai, dengan paras air lebih kurang antara 0.79 hingga 0.90 meter, serta di Jalan Rumah Awa, Nanga Sebatu, di mana paras air dianggarkan antara 0.92 hingga 0.96 meter, masih di atas jalan yang rendah.

Begitu juga dengan Jalan Rumah Pasang, Sungai Selangau dan Rumah Balang, Melinau Salin, di mana paras air dilaporkan antara 0.70 hingga 0.78 meter, masih berada di atas jalan yang rendah.

Sementara itu, di Rumah Maran, Nanga Selangau, paras air dilaporkan lebih kurang antara 0.22 hingga 1.03 meter, berada di atas jambatan dan kawasan yang rendah.

Beliau turut memaklumkan bahawa tinjauan pada pagi ini mendapati beberapa kawasan di sekitar Rumah Magdeline Entayang, Rumah Silvester, Rumah Chandu, dan Rumah Maran masih ditenggelami air, menyebabkan laluan pejalan kaki terhalang.

Namun, jalan menuju ke Rumah Nyarapong, Rumah Awa, Rumah Pasang, dan Rumah Balang masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Kesemua Rumah Panjang, penduduk, dan sekolah yang terletak di Tebingan Sungai Batang Mukah masih dalam keadaan terkawal dan tidak terjejas oleh keadaan cuaca semasa,” tambahnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat rumah panjang di kawasan Sungai Segan dan Jepak terkesan akibat banjir
Next: Bantu golongan layak dapat bantuan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.