Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei–Meradong laksana UKF 2026 libatkan 55 anggota
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei–Meradong laksana UKF 2026 libatkan 55 anggota

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA ujian kecergasan fizikal yang dijalankan oleh APM Sarikei dan Meradong di PKOD Sarikei, semalam. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seramai 55 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sarikei dan Meradong telah menyertai ujian kecergasan fizikal (UKF) 2026 yang dijalankan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata UKF yang dijalankan dari 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tersebut dilaksanakan mengikut perancangan, arahan dan silibus yang telah ditetapkan.

“UKF bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal anggota selain meningkatkan stamina, disiplin dan kesiapsiagaan mereka dalam melaksanakan tugas pertahanan awam serta pengurusan bencana.

“Komponen ujian yang dilaksanakan termasuk larian 2.4 kilometer (km), bangkit tubi selama dua minit, tekan tubi selama dua minit, lompat jauh berdiri, serta pengukuran tinggi dan berat badan bagi penilaian indeks jisim badan (BMI),” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, selain aspek kecergasan, UKF turut berperanan sebagai sesi pemilihan bagi program MyAspa P, C, O dan MyAspa sesi 2026/2027.

“Pelaksanaan UKF ini penting bagi memastikan anggota APM sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental, khususnya ketika berhadapan situasi kecemasan dan bencana di lapangan. katanya.

“Tiada sebarang kes kecemasan dilaporkan sepanjang latihan dijalankan dan semua anggota APM berada dalam keadaan baik,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keselamatan elektrik sekolah jadi fokus projek RTP Meradong
Next: Wilfred Yap saksikan penyerahan Surat Setuju Terima projek RTP di SJKC Stampin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.