Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei berjaya tangkap ular tedung dua kaki di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei berjaya tangkap ular tedung dua kaki di Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
DITANGKAP…..Ular tedung berjaya ditangkap oleh pasukan APM Sarikei menggunakan teknik menyepit. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seorang penghuni rumah di Jalan Masjid Baru, Selalang berdepan saat mencemaskan apabila terlihat seekor ular tedung menjalar di belakang kediamannya, semalam.

Terkejut dan bimbang akan keselamatan ahli keluarga, penghuni tersebut segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bagi mendapatkan bantuan menangkap reptilia berbisa itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.18 pagi, semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat orang anggota APM Sarikei bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, pasukan APM Sarikei mencari dan mengesan ular tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular tedung sepanjang dua kaki berjaya ditangkap menggunakan teknik menyepit.

“Ular ditangkap dalam tempoh lebih kurang enam minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 10.14 pagi,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Segulai Sejalai untuk pastikan Kapit terus maju – Nanta
Next: Wilfred Yap inspects park upgrades to ensure quality for Kota Sentosa residents

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.