Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sarikei berjaya tangkap buaya di kawasan perumahan Taman Susur Jambu
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sarikei berjaya tangkap buaya di kawasan perumahan Taman Susur Jambu

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEEKOR buaya dianggarkan sepanjang enam kaki berjaya ditangkap oleh pihak APM Sarikei pada petang semalam. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seekor buaya dianggarkan sepanjang enam kaki berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei selepas ditemui di dalam parit berhampiran sebuah kediaman di Lorong 6, Taman Susur Jambu pada semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran reptilia tersebut pada 5.13 petang.

“Empat orang anggota APM Sarikei bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

SEEKOR buaya dianggarkan sepanjang enam kaki berjaya ditangkap oleh pihak APM Sarikei pada petang semalam. Foto APM Sarikei

“Setibanya di lokasi, operasi menangkap buaya dijalankan oleh anggota APM Sarikei,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, buaya berjaya ditangkap menggunakan teknik menjerut.

“Ia kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Sarikei sementara menunggu proses pemindahan oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang dijangka pada 10.00 pagi ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran haiwan liar berbahaya berhampiran kawasan kediaman bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDDA peruntuk RM3 juta baiki rumah penduduk Kampung Spaoh
Next: Universiti Fudan bakal buka cawangan di Miri, fokus perubatan berasaskan biodiversiti Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.