APM Sarikei bantu hantar pesakit ke hospital  

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DIHANTAR KE HOSPITAL… Pesakit dihantar ke hospital oleh pasukan APM Sarikei. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki (pesakit) dihantar ke hospital oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei, petang semalam. 

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, panggilan kecemasan diterima oleh pihaknya sekitar 2.28 petang. 

“Sepasukan anggota APM Sarikei bergerak ke lokasi di Lorong 3 Alamanda selepas menerima panggilan kecemasan. 

“Sampai di lokasi, anggota APM Sarikei menjalankan rawatan awal seorang pesakit berumur 34 tahun,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pesakit tersebut mengalami lemah kesemua anggota badan. 

“Pasukan APM Sarikei segera menghantar pesakit ke hospital untuk rawatan selanjutnya. 

“Khidmat khas menghantar pesakit ke hospital selesai sepenuhnya pada 2.57 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek