Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok tangkap ular sawa batik 4.2 meter bersembunyi bawah kereta buruk
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok tangkap ular sawa batik 4.2 meter bersembunyi bawah kereta buruk

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM Saratok berjaya menangkap ular sawa batik sepanjang 4.2 meter yang didapati bersembunyi di bawah sebuah kereta buruk yang berada di kawasan Taman Muhibbah. Foto APM Saratok

SARATOK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 4.2 meter dengan anggaran berat 20 kilogram yang ditemui bersembunyi di bawah sebuah kereta buruk di Taman Muhibbah, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8.20 malam sebelum tiga anggota Skuad Bravo digerakkan ke lokasi dua minit kemudian.

Beliau berkata pasukan berkenaan tiba di lokasi pada 8.26 malam selepas menempuh perjalanan kira-kira tiga kilometer bagi menjalankan operasi menangkap reptilia tersebut.

Menurutnya, pengadu memaklumkan terlihat kelibat seekor ular berada di bawah kereta buruk miliknya sebelum menghubungi APM Saratok bagi mendapatkan bantuan segera.

ULAR sawa batik yang ditemui seberat 20 kilogram dan sepanjang 4.2 meter. Foto APM Sarawak

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mengesahkan terdapat seekor ular sawa batik berada di bawah kenderaan seperti dilaporkan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan tiga anggota Skuad Bravo iaitu Prebet Domsen Enggul Mota, Prebet Fakhrullah Azhad Daud dan Prebet Muhammad Zul Sidi.

Katanya, pasukan menggunakan peralatan khas termasuk penyepit ular, penjerut ular, lampu suluh, sarung tangan keselamatan serta kotak khas bagi memastikan operasi dijalankan dengan selamat.

Nur Athirah berkata ular sawa batik itu berjaya ditangkap menggunakan teknik menjerut tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi berkenaan.

Operasi yang selesai pada 8.41 malam itu berakhir dengan reptilia berkenaan berjaya dipindahkan oleh anggota APM, sekali gus menghapuskan ancaman kepada penduduk di kawasan Taman Muhibbah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Akses perkhidmatan kesihatan berkualiti perlu terus diperkasa
Next: Ahli Parlimen Miri gesa semakan kuota subsidi diesel BUDI MADANI di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.