Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok serah kit makanan kepada mangsa kebakaran Kampung Sessang
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok serah kit makanan kepada mangsa kebakaran Kampung Sessang

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANGGOTA APM Saratok telah melaksanakan penyerahan kit makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sessang, baru-baru ini. Foto: APM Saratok

KABONG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa kebakaran di Kampung Sessang dengan melaksanakan penyerahan kit makanan sebagai bantuan awal kepada keluarga yang terjejas.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, sebagai simbol sokongan moral dan komitmen berterusan APM dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Menurut APM Saratok, bantuan kit makanan itu merangkumi keperluan asas harian dan bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta sumber keperluan susulan kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, bantuan awal ini amat penting bagi memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara sementara menunggu bantuan susulan daripada agensi berkaitan dan pihak lain yang prihatin.

Dalam pada itu, APM menegaskan komitmen berterusan pasukan itu untuk sentiasa bersedia memberikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam situasi bencana dan kecemasan di peringkat komuniti setempat.

Orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mengutamakan aspek keselamatan di kediaman masing-masing, khususnya melibatkan penggunaan peralatan elektrik dan sumber api bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, masyarakat yang berdepan sebarang kecemasan diminta menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Turut hadir dalam penyerahan berkenaan ialah Leftenan Muda Farizatul Amirah Ismail, yang bersama anggota APM memastikan bantuan disampaikan dengan lancar dan teratur kepada mangsa terlibat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ular tedung 1.5 meter ditemui di kedai runcit, APM Lubok Antu bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.