Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok perkukuh keupayaan anggota melalui latihan pengendalian ambulans, kawad kaki 
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok perkukuh keupayaan anggota melalui latihan pengendalian ambulans, kawad kaki 

Utusan Sarawak 18 hours ago
APM Saratok melaksanakan Latihan Pasukan Mingguan Oktober yang menumpukan kepada pengendalian ambulans, peralatan perubatan kecemasan dan kawad kaki. Foto: APM Saratok

SARATOK: Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada di tahap tertinggi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok melaksanakan Latihan Pasukan Mingguan Oktober.

Latihan tersebut menumpukan kepada pengendalian ambulans, peralatan perubatan kecemasan serta kawad kaki bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran anggota dalam menghadapi situasi kecemasan.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata latihan berkenaan melibatkan seramai 45 anggota, termasuk seorang pegawai, seorang pegawai kontrak, sembilan jurulatih dan urusetia serta 34 anggota lain-lain pangkat (LLP).

“Latihan ini memberi penekanan terhadap pemeriksaan ambulans, penggunaan defibrillator automatik luaran (AED), alat bantuan pernafasan, set trauma dan oksigen terapi, selain prosedur membawa serta menguruskan mangsa dalam ambulans,” katanya.

Tambahnya, simulasi pengurusan insiden dan pergerakan ambulans turut dijalankan bagi memberikan pendedahan situasi sebenar kepada anggota yang bertugas di lapangan.

Selain latihan teknikal, latihan kawad kaki turut dijalankan sebagai usaha memperkukuh disiplin, ketahanan fizikal dan penyelarasan pasukan semasa operasi.

Latihan dikendalikan oleh empat anggota LLP dari APM Betong, diketuai Sarjan Micheal Awan Aing yang berpengalaman luas dalam operasi kecemasan dan pengurusan bencana.

Nur Athirah menegaskan, latihan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua anggota sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kecemasan atau bencana di Daerah Saratok.

“Kesiapsiagaan bukan sekadar teori, ia mesti diterjemah melalui latihan berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Rumah panjang lambang penyatuan warisan kaum Iban
Next: Polis minta bantuan orang ramai jejaki remaja perempuan hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.