Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah sebesar tong sampah
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah sebesar tong sampah

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Saratok berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah bersaiz tong sampah di hadapan Tai Choon Mini Market, malam tadi. Foto: APM Saratok

SARATOK: Ketangkasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya meredakan kegusaran orang awam selepas memusnahkan sarang tebuan tanah bersaiz tong sampah di hadapan Tai Choon Mini Market, malam tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan APM Saratok hari ini, operasi tersebut dijalankan sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kewujudan sarang berkenaan yang dilaporkan mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelanggan dan pemilik premis.

Kenyataan itu memaklumkan, seramai empat anggota daripada Skuad Alpha telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan awal serta mengambil tindakan pemusnahan secara terkawal.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan operasi mendapati sarang tebuan tanah dianggarkan sebesar tong sampah berada di atas dahan pokok berhampiran premis perniagaan tersebut, sekali gus mengesahkan laporan yang diterima.

Bagi mengelakkan sebarang risiko sengatan, anggota APM telah memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) sepenuhnya sebelum memulakan kerja-kerja memusnahkan sarang menggunakan kaedah yang selamat dan mengikut prosedur operasi standard.

“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Keadaan di lokasi telah disahkan selamat sepenuhnya sebelum anggota menamatkan operasi,” jelas kenyataan APM Saratok.

Dalam pada itu, pihak APM turut menasihati penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya menemui sarang serangga berbaya kerana ia boleh mengundang kecederaan.

Sebaliknya, orang ramai diminta supaya segera menghubungi pihak berkuasa seperti APM atau jabatan penyelamat berkaitan bagi mendapatkan bantuan pakar untuk mengendalikan ancaman tersebut.

Bagi sebarang kecemasan di sekitar Daerah Saratok, orang awam boleh menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau terus menggunakan talian kecemasan nasional 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu kekurangan bekalan darah jenis A positif
Next: Penduduk rumah Rimbu Guntor bakal nikmati bekalan elektrik melalui skim CCGFA  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.