Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok didik murid SK Nanga Assam ilmu keselamatan, disiplin berpasukan
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Saratok didik murid SK Nanga Assam ilmu keselamatan, disiplin berpasukan

Utusan Sarawak 1 day ago
APM Saratok dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pembelajaran Asas Kawad Kaki serta Siap Sedia Kecemasan di SK Nanga Assam. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok terus memperkukuh peranan dalam pendidikan keselamatan melalui penglibatan aktif bersama masyarakat setempat.

Pasukan tersebut dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pembelajaran Asas Kawad Kaki serta Siap Sedia Kecemasan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Assam, di sini, hari ini.

APM Saratok dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pembelajaran Asas Kawad Kaki serta Siap Sedia Kecemasan di SK Nanga Assam. Foto: APM Saratok

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu, kehadiran pasukan tersebut diketuai oleh Leftenan Muda Farizatul Amira Ismail bersama beberapa anggota lain, dengan fokus utama memperkenalkan ilmu pertolongan cemas dan kesiapsiagaan kepada murid sekolah rendah.

“Ceramah merangkumi topik Asas Pertolongan Cemas seperti Balutan dan Rawatan, latihan resusitasi kardiopulmonari (CPR), serta Pengendalian Haiwan Berbisa. 

“Ia bertujuan meningkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar menghadapi situasi kecemasan,” katanya.

APM Saratok dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pembelajaran Asas Kawad Kaki serta Siap Sedia Kecemasan di SK Nanga Assam. Foto: APM Saratok

Selain sesi teori, para peserta turut menjalani aktiviti penjejakan hutan sebagai pendedahan kepada teknik asas pergerakan dalam hutan serta latihan kecergasan dan keselamatan diri semasa aktiviti lapangan.

Sesi pembelajaran asas kawad kaki juga dilaksanakan bagi membentuk disiplin, kekemasan dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

APM Saratok dijemput menyampaikan ceramah sempena Program Perkhemahan Unit Beruniform dan Pembelajaran Asas Kawad Kaki serta Siap Sedia Kecemasan di SK Nanga Assam. Foto: APM Saratok

“Program seperti ini amat penting kerana ia bukan sahaja membina sahsiah dan daya tahan diri pelajar, malah menyemai nilai tanggungjawab dan kesedaran terhadap keselamatan,” tambah Nur Athirah.

APM Saratok turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas jemputan dan kerjasama padu sepanjang program berlangsung, sambil berharap inisiatif seumpama itu dapat diteruskan bagi memperkasa generasi muda dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Awam Saratok kini berwajah baharu, jadi tumpuan riadah kanak-kanak
Next: Lampu isyarat baharu di Bulatan Jalan Tun Ahmad Zaidi beroperasi mulai 1 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.