Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok bertindak pantas atasi tanah susur halang laluan penduduk Krangan Rusa
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok bertindak pantas atasi tanah susur halang laluan penduduk Krangan Rusa

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA APM Saratok menangani kejadian tanah susur yang menghalang jalan utama penduduk di kawasan Krangan Rusa, Krian, di sini, hari ini. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok bertindak pantas menangani kejadian tanah susur yang menghalang jalan utama penduduk di kawasan Krangan Rusa, Krian, di sini, hari ini.

Menurut Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Saratok menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.45 pagi berhubung kejadian tersebut.

Katanya, sepasukan Skuad Charlie yang terdiri daripada empat anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.56 pagi dan tiba di lokasi pada 12.25 tengah hari selepas menempuh jarak perjalanan sejauh 20 kilometer.

“Setibanya di lokasi, anggota APM mengesahkan berlaku kejadian tanah susur yang menyekat laluan utama penduduk rumah panjang Krangan Rusa, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, sebelum operasi dijalankan, ketua skuad memastikan semua anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) bagi menjamin keselamatan sepanjang pengoperasian.

“Anggota APM kemudiannya memasang pita amaran di kawasan terjejas bagi memberi peringatan kepada orang awam, selain memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak Majlis Daerah Saratok untuk tindakan susulan,” ujarnya.

Tambah beliau, operasi yang menggunakan sebuah kenderaan persendirian serta peralatan asas seperti parang, sarung tangan, helmet keselamatan dan pita amaran itu selesai sepenuhnya pada 12.40 tengah hari tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Keadaan di lokasi kini selamat dan terkawal, dan semua anggota telah selamat kembali ke PKOD pada 1.10 petang dengan peralatan operasi berada dalam keadaan baik,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM Spaoh musnahkan sarang tebuan jaket kuning sebesar tayar kereta
Next: APM Saratok ambil tindakan segera atasi tanah susur di SK Kabo Hilir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.