Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok bertindak pantas atasi kejadian pokok tumbang halang laluan awam
  • WILAYAH

APM Saratok bertindak pantas atasi kejadian pokok tumbang halang laluan awam

Utusan Sarawak 2 days ago
KEJADIAN pokok tumbang yang menghalang laluan penduduk serta menimpa wayar elektrik di jalan SK Ulu Awik, hari ini. Foto APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan awam serta menimpa wayar elektrik di jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Awik, hari ini.

Menurut kenyataan APM Daerah Saratok, kejadian berkenaan berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Susulan makluman diterima, seramai tiga anggota APM telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan pengesahan, sebelum mendapati pokok tumbang tersebut benar-benar menghalang laluan utama.

KEJADIAN pokok tumbang yang menghalang laluan penduduk serta menimpa wayar elektrik di jalan SK Ulu Awik, hari ini. Foto APM Saratok

APM Saratok kemudiannya melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dengan menggunakan peralatan yang sesuai serta mematuhi prosedur keselamatan termasuk pemakaian pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) Saratok bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik serta mengelakkan sebarang risiko renjatan atau gangguan bekalan kepada penduduk sekitar.

KEJADIAN pokok tumbang yang menghalang laluan penduduk serta menimpa wayar elektrik di jalan SK Ulu Awik, hari ini. Foto APM Saratok

Hasil tindakan pantas dan terancang, laluan utama berjaya dibersihkan sepenuhnya dan boleh digunakan semula oleh semua jenis kenderaan dalam tempoh yang singkat.

APM Saratok menegaskan komitmen berterusan pasukan itu dalam memastikan keselamatan komuniti serta kesejahteraan orang awam, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Sehubungan itu, orang ramai yang berdepan sebarang kecemasan dinasihatkan menghubungi APM Daerah Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 untuk bantuan segera.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Padang Petanque dan Taman Permainan Awam Saratok bakal dinaik taraf  
Next: Tanah susur jejaskan Rumah Kujat, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.