Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM pantau kawasan berisiko banjir di Song
  • WILAYAH

APM pantau kawasan berisiko banjir di Song

Utusan Sarawak 4 months ago

PEMANTAUAN.....Di Rh Mohd Edwin Sungai Katibas. Foto ihsan APM

SONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Song menjalankan pemantauan kawasan berisiko banjir di daerah ini petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit, Kapt. (PA) Mohamad Noor Ini berkata, hasil pemantauan yang dijalankan di Terminal Bot Ekspres Song pada 5.35 petang hingga 6.26 petang, mendapati paras air di Sungai Rajang adalah menurun dengan bacaan 10.2 meter dan cuaca adalah baik.

“Pemantauan di Rumah (Rh) Mohd Edwin, Sungai Katibas mendapati paras air Sungai Katibas dalam keadaan menurun, tiada bacaan paras air direkodkan dan cuaca baik.

“Sementara pemantauan di Kampung Alai, Sungai Chapi juga mendapati paras air Sungai Chapi dalam keadaan menurun, bacaan paras air 0.33 meter dan cuaca adalah baik,” katanya.

Beliau berkata, keadaan semasa di lokasi pemantauan adalah terkawal manakala penempatan tersebut tidak dinaiki air dan tiada sebarang insiden bencana dan kecemasan berlaku,” katanya.

Continue Reading

Previous: Program ‘Peji Ha Uma Bawang!’  himpunkan lebih 100 peserta termasuk  komuniti Uma Bawang
Next: Bomba pantau kawasan rendah di Bintangor malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.