Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM pantau kawasan berisiko banjir di SK Nanga Selangau
  • Tengah
  • WILAYAH

APM pantau kawasan berisiko banjir di SK Nanga Selangau

Utusan Sarawak 17 hours ago
SEKITAR pemantauan paras air di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau hari ini. Foto APM

SELANGAU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, hasil tinjauan mendapati paras air menunjukkan trend menaik dengan ketinggian dianggarkan antara tiga hingga lima kaki di kawasan sekolah yang rendah.

SEKITAR pemantauan paras air di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau hari ini. Foto APM

“Pemeriksaan mendapati beberapa struktur bangunan sekolah terjejas akibat kawasan rendah yang masih ditenggelami air, namun keadaan di lokasi setakat ini masih terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pemantauan dilakukan di Ulu Selangau sekitar 11.10 pagi hingga 12.24 tengah hari bagi menilai situasi semasa selepas hujan lebat melanda daerah berkenaan.

Tambahnya, sekolah berkenaan tidak beroperasi ketika ini berikutan masih dalam tempoh cuti, sekali gus mengurangkan risiko kepada keselamatan murid dan warga sekolah.

APM Selangau akan terus memantau perkembangan paras air dari semasa ke semasa dan bersedia mengambil tindakan lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 79 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip
Next: 27 keluarga dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.