

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu menerima dua laporan banjir, hari ini.
Pegawai APM Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata laporan pertama adalah di Jalan Gerunggang, Engkilili, yang terjejas banjir setinggi 0.38 meter.
“Hasil pemantauan anggota APM sekitar 11.00 pagi mendapati kawasan sekitar Jalan Gerunggang dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut maklumat orang awam ketika ditemui, paras air mula melimpahi jalan terbabit pada jam 11.47 malam semalam.
“Paras air melimpah ke jalan dan meningkat hingga 0.38 meter bagaimanapun dijangka akan surut jika tidak berlaku hujan berterusan. Air yang meningkat disebabkan keadaan parit yang tersumbat dengan pelepah sawit dan hujan yang berterusan dari malam hingga ke pagi tadi.
“Jalan ini juga digunakan beberapa penduduk kampung antaranya Rumah Panjang Gerunggang dan Rumah Panjang Tabau. Penduduk kampung juga dapat menggunakan jalan alternatif lain yang masih boleh digunakan,” katanya.
Selain itu, Desem menyatakan bahawa pihaknya turut menerima laporan banjir di kawasan Mepi Pasir, Batang Ai Lubok Antu.


“Hasil pemantauan pada 11.45 pagi, didapati kawasan sekitar jambatan Jalan Mepi Pasir dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut orang awam, paras air mula melimpahi jalan pada 10.48 pagi dengan air melimpah ke jalan dan berketinggian 0.08 meter.
“Banjir adalah disebabkan keadaan hujan berterusan dari malam hingga pagi tadi serta faktor sistem perparitan yang tersumbat,” katanya.
Pada masa sama, Desem juga menggesa orang ramai untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lubok Antu di talian 083-584639 jika berlaku sebarang bencana.
Oleh Adi Safarman

Sindiket penipuan sasar semua golongan, Polis Bau tingkat kesedaran awam
BAU, 15 Oktober: Polis Bau akan terus memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai kesedaran penipuan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi

49 warga Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui ICQS Tebedu
SERIAN, 15 Oktober: Seramai 49 warga Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu,

APM Saratok tangkap ular sawa batik dalam rumah penduduk di Tembawai Pok
SARATOK, 15 Oktober: Seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira 0.6 meter berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok

Lelaki hilang lapan hari ditemui selamat
PADAWAN, 15 Oktober: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Kampung Emperoh Jambu, Padawan, sejak 7 Oktober lalu

