
LIMBANG: Sekumpulan tebuan tanah dikesan bersarang di dalam sebuah stor penternakan kerbau di Kampung Medamit, di sini.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang mengambil masa sekitar sejam untuk memusnahkan sarang tebuan bersaiz sebesar tayar kereta Kancil dalam operasi yang dijalankan petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun bergegas ke lokasi kejadian di yang jauhnya 40 kilometer Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang sebaik menerima panggilan kecemasan 5.37 petang.

Sebaik tiba di lokasi, anggota kita berjumpa dengan pengadu bagi memastikan keberadaan sarang tebuan yang berada di dalam stor berkenaan
“Sarang tebuan sebesar tayar kancil berjaya dihapuskan dengan menggunakan kaedah bakar dan semburan racun serangga,” katanya kepada media.
Operasi memusnah sarang tebuan itu mengambil masa sejam dan operasi berakhir pada 7.28 malam tadi. Oleh Adeng Edrus