Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM musnahkan dua sarang tebuan di kebun sawit Jalan Suri, Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

APM musnahkan dua sarang tebuan di kebun sawit Jalan Suri, Spaoh

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM Daerah Spaoh berjaya memusnahkan dua sarang tebuan dalam satu operasi khas di sebuah kebun sawit di Jalan Suri, semalam. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh berjaya memusnahkan dua sarang tebuan, termasuk satu bersaiz sebesar tong sampah hitam, dalam satu operasi khas di sebuah kebun sawit di Jalan Suri, semalam.

Kehadiran serangga berbisa itu menimbulkan kebimbangan kepada pemilik kebun dikenali sebagai Matthew selepas beliau menyedari kewujudan sarang berkenaan ketika menjalankan rutin harian di ladangnya.

Bimbang terhadap risiko disengat, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Menurut kenyataan media APM Daerah Spaoh, sepasukan anggota bersama sebuah ambulans pacuan empat roda digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Operasi tersebut diketuai Sarjan Kamarrul Badarudin dengan kekuatan empat anggota.

Setibanya di lokasi sekitar 6.30 petang, pasukan penyelamat mendapati dua sarang tebuan berada pada dahan pokok sawit yang sama, sekali gus berpotensi mengancam keselamatan pemilik kebun dan penduduk sekitar.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar, anggota menggunakan pakaian perlindungan khas sebelum menjalankan kerja-kerja pemusnahan.

Salah satu sarang didapati bersaiz sangat besar, hampir menyamai tong sampah hitam.

APM memaklumkan operasi pemusnahan dilakukan menggunakan kaedah pembakaran dan berjaya diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 30 minit tanpa sebarang insiden tidak diingini. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan anggota mahupun orang awam.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya menemui sarang serangga berbisa, sebaliknya segera menghubungi talian kecemasan 999 atau pejabat APM berhampiran untuk tindakan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ismail Merikan dipilih Pengerusi PEKA sesi 2026 hingga 2028
Next: ADUN Tanjong Batu ingatkan orang ramai waspada akaun media sosial palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.