Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  •  APM Marudi tingkat pemantauan banjir di Long Lama
  • WILAYAH

 APM Marudi tingkat pemantauan banjir di Long Lama

Utusan Sarawak 4 days ago
KEADAAN kawasan SK Ubong Imang dinaiki air. Foto APM Marudi

MARUDI: Anggota Pertahanan Awam (APM) Marudi mempertingkatkan lagi pemantauan banjir di beberapa lokasi di daerah kecil Long Lama hari ni.

Beberapa lokasi berisiko dinaiki air ialah Waterfront Long Lama dan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama dengan paras air mencecah 1.5 kaki, Jalan Layang-Layang Long Lama setinggi 2 kaki, serta kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Ubong Imang yang turut dinaiki air setinggi 1.5 kaki.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt (PA), Mirwan Shah Masri dalam kenyataan beliau, tiga anggotanya dari Skuad Alpha dikerahkan ke loksi yang terlibat untuk melakuakn pemantauan diketuai PBT (PA) Rita Laurence bersama dua anggota lain.

Katanya, kawasan-kawasan yang dinaiki air ekoran hujan lebat semalam dan limpahan air akibat air pasang laut.

Menurut beliau, setakat ini sekolah masih beroperasi seperti biasa dan keadaan masih terkawal dan selamat.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Limbang pantau kawasan berisiko banjir
Next: APM Lubok Antu pantau situasi banjir di Engkilili dan Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.