Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Marudi tangkap ular lidi dalam tayar kereta terbiar
  • Utara
  • WILAYAH

APM Marudi tangkap ular lidi dalam tayar kereta terbiar

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia berjaya mengkap ular yang bersembunyi dalam terbiar depan rumah pengadu.

MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan daripada orang awam dari Lot 346, Kampung Narum, Marudi, yang memohon bantuan bagi menangkap seekor ular hari ini. 

Sebaik menerima panggilan tersebut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi dari Skuad Alpha bergerak ke lokasi kira-kira 200 meter dari PKOD diketuai Sjn. (PA) Siti Naquiah Abdullah.

Setibanya di lokasi, skuad berkenaan berjumpa dengan pengadu sebelum bertindak menangkap reptilia jenis ular lidi yang bersembunyi di dalam tayar kereta terbiar di hadapan rumah pengadu.

Skuad berjaya menangkap reptilia berkenaan yang bersaiz lebih kurang setengah meter sebelum bergerak pulang ke PKOD pada 12.40 petang.

Anggota lain turut serta dalam operasi tersebut ialah Pbt. (PA) Zamri Bujang dan Pbt (PA) Riyo Morris Barita.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sumbangan CSR RM80,000 bantu komuniti Kabong
Next: Bantuan makanan disalur kepada manga banjir di Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.