
MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memohon bantuan untuk memusnahkan sarang serangga di siling sebuah rumah di Kampung Baru Marudi, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata sebaik menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Skuad Bravo telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 9.00 malam.
“Pasukan itu melibatkan empat anggota diketuai Lans Koperal (PA) Kamil Tahir. Jarak dari PKOD Marudi ke lokasi kejadian adalah sekitar satu kilometer,” katanya.
Menurut beliau, setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan bahawa sarang serangga jenis tebuan gamang bersarang di atas siling berhampiran pintu rumah.
“Sarang tersebut berjaya dimusnahkan menggunakan semburan racun serangga,” katanya.
Operasi berkenaan selesai sepenuhnya pada 10.19 malam.
Oleh Jiku Juguong