
MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi berjaya memusnahkan sarang tebuan jenis gamang yang ditemui berhampiran sebatang pokok di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Baru, di sini.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam menerusi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi pada 7.20 petang semalam.
Susulan laporan itu, sepasukan empat anggota APM yang diketuai L/Kpl (PA) Kamil Tahir digerakkan ke lokasi kejadian, yang terletak sekitar 600 meter dari PKOD Marudi.
“Operasi pemusnahan sarang dilakukan menggunakan kaedah pembakaran dan semburan racun serangga (ridsect),” katanya dalam satu kenyataan.
Sarang tebuan berkenaan dianggarkan berukuran 25 sentimeter dan berjaya dimusnahkan sepenuhnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada 7.50 petang.
Oleh Jiku Juguong