
MARUDI: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang meminta bantuan membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Dabai, Kampung Selejau, di sini, pagi tadi.
Sebaik menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota APM daripada Skuad Bravo bergegas ke lokasi dengan kekuatan empat anggota pada 8.15 pagi.
Setibanya di lokasi, anggota APM menemui pengadu bagi mendapatkan maklumat berkaitan kedudukan pokok tumbang berkenaan sebelum operasi dijalankan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, selepas mendapatkan maklumat, anggota APM segera menjalankan kerja pembersihan serta mengalihkan pokok tumbang tersebut bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan.
Menurut beliau, operasi selesai sepenuhnya pada 9.17 pagi.
Oleh Jiku Jukuong