
MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi mengambil masa sekitar 40 minit untuk membersih dan memotong pokok tumbang yang menghalang laluan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Nibong, yang terletak 31 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi.
Pegawai Pertahan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden pokok tumbang tersebut pada 11.28 pagi hari ini.
Katanya sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut beliau mengarahkan Skuad Charlie dianggotai empat anggota diketuai L/Kpl Mohamad Hassan.
Sebaik sampai ke lokasi Skuad Charlie melakukan pengoperasian pemotongan kayu dan kerja pembersihan dan selesai tugas pada 12.10 petang Skuad Charle bergerak pulang ke PKOD.
Oleh Jiku Juguong